Wednesday, June 9, 2010

Harta Sepencarian

MHI today discussing on "Harta Sepencarian". Such a sudden, I found this topic quite interesting. So what is "Harta Sepencarian?"

It is discussed in Islamic legal term as follows:

Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka.
Kitab At-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim al-Juziyyah mengatakan, dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu.
Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasarkan kepada nama atas harta itu semata-mata kerana nama tertera belum membuktikan dia pemilik sebenar. Kenyataan itu dibuat dengan maksud adalah satu kezaliman jika hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta berkenaan.
Rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak berusaha mendapatkan harta itu sepanjang perkahwinan. Hukum harta sepencarian tidak dinyata secara jelas. Cuma pembahagian itu dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak atas prinsip keadilan dan hak.
Prosedur pembahagian harta sepencarian juga tidak dinyatakan secara tepat dalam hukum syarak. Merujuk kepada amalan biasa penghakiman di mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ke atas seorang isteri ditentukan setakat harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.
Ini termasuk sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka. Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri.
Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003 menetapkan: Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.
Kemudian seksyen 122 (2) menjelaskan, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian mengenai:
l Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu,
l Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka,
l Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.
Tertakluk kepada seksyen 122 (2), mahkamah hendaklah membuat pertimbangan sama banyak. Namun, mahkamah juga boleh memerintahkan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan sama rata antara kedua pihak sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 122 (3).
Untuk menjalankan perintah di bawah Seksyen 122(3) mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 122 (4):
l Takat sumbangan yang dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga,
l Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.
Tertakluk kepada pertimbangan seksyen 122 (4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
Perbezaan harta sepencarian dan faraid adalah faraid pembahagian harta pusaka yang ditetapkan syarak kepada para ahli waris. Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala' (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan.
Hukum pusaka disyariatkan dalam Islam. Ia telah disahkan serta dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah serta ijma' ulama.
Then, it come this question:




Di dalam perkahwinan, harta benda yang diperolehi selama perkahwinan menjadi harta benda bersama. Bagaimana jika si isteri tidak bekerja atas alasan suami tidak memberi izin? Adakah harta itu masih menjadi hak bersama walau pun ia diperolehi dari hasil kerja si suami sahaja? Jika terjadi pergaduhan si suami selalu mengungkit-ungkit yang harta itu dia yang punya dan si isteri tidak ada hak untuk ikut campur kerana dia tidak memberi sumbangan kewangan terhadapnya. Adakah semua ini benar?
The anwer:
Di dalam undang-undang kekeluargaan Islam terdapat apa yang dinamakan sebagai harta sepencarian. Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa tempoh perkahwinan atau yang diperolehi oleh suami sebelum dan semasa tempoh perkahwinan tetapi berkembang semasa tempoh perkahwinan samada oleh usaha kedua belah pihak atau seorang sahaja.
Kadar hak si isteri terhadap harta sepencarian ialah

a. mengikut kadar sumbangan kewangan secara langsung bagi memperoleh harta itu seperti kadar sumbangan CPFnya bagi membeli rumah, dan

b. mengikut sumbangan secara tidak langsungnya dengan melakukan tugas-tugas pengurusan rumahtangga seperti menyelanggara harta berkenaan.

c. Bagi isteri yang tidak memberi sumbangan kewangan langsung, dia masih mempunyai sedikit hak dengan menjalankan tugas sebagai isteri di rumah sebagai sumbangan tidak langsungnya.
Walau bagaimana pun, penentuan kadar sebenar samada dalam keadaan isteri yang mempunyai sumbangan langsung dan tidak langsung atau yang mempunyai sumbangan tidak langsung sahaja, haruslah ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Dalam membahagikan harta sepencarian, Mahkamah Syariah akan mengambil kira, pada harta yang diperolehi atas usaha bersama;
a. kadar sumbangan kedua belah pihak dalam bentuk wang, benda atau tenaga.
b. hutang yang ditanggung oleh salah satu pihak bagi manfaat kedua belah pihak.
c. Keperluan dan kepentingan anak yang lahir semasa tempoh perkahwinan, jika ada.
Pada harta yang diperolehi oleh satu pihak, Mahkamah Syariah akan mengambil kira;
a. kadar sumbangan dalam bentuk menjaga kebajikan keluarga dengan mengurus rumahtangga dan keluarga yang dibuat oleh pihak yang tidak menyumbang secara langsung bagi memperolehi harta itu.

b. keperluan dan kepentingan anak yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan, jika ada.
Kebiasaannya pembahagain harta sepencarian hanya berlaku apabila suami isteri itu bercerai kerana Mahkamah Syariah dalam keadaan sedemikian perlu membuat perintah untuk membahagi harta kepada kedua belah pihak atau apabila berlaku kematian kerana harta berkenaan perlu dibahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak.
Dalam keadaan suami isteri masih kekal dalam ikatan nikah, tiada keperluan untuk menentukan kadar hak masing-masing terhadap harta sepencarian kerana kehidupan rumahtangga haruslah diasaskan atas rasa perkongsian dan saling tolong menolong bukan atas dasar 'ini hak aku kau tak boleh campur dan itu hak kau, aku tak kan campur’.
Walau pun harta berkenaan diperoleh melalui usaha si suami semata-mata, tetapi dia juga harus menginsafi bahawa isterinya juga mempunyai peranan seperti membantu menyelenggara harta berkenaan, memberi sumbangan psikologi seperti sokongan moral dan ketenangan dan membantu mengurus rumahtangga sehingga membolehkan dia keluar bekerja dan membeli harta itu. Menafikan peranan sedemikian dari isteri adalah tanda ketidaksyukuran yang dikeji oleh Islam kecuali jika isterinya itu nusyuz (derhaka).
Islam menggalakkan umatnya untuk membina sikap toleransi dan bermurah hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Allah merahmati seseoraang yang bermurah hati pada ketika membeli, menjual dan menuntut haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Jika bertoleransi dan berlebih kurang terhadap hak dan tanggungjawab dalam urusan perniagaan itu dipuji, maka pastinya ia juga sesuatu yang sangat dipuji dalam kehidupan rumahtangga.
Islam juga menganjurkan bahawa rumahtangga itu bukan hanya dibina atas dasar hak dan tanggungjawab masing-masing tetapi juga atas dasar ihsan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam setiap sesuatu.” (Riwayat Muslim)
Jika kita berhutang, kita dianjurkan oleh Islam untuk membayar lebih hutang kita secara sukarela. Dalam sebuah hadits riwayat Muslim dinyatakan bahawa seorang sahabat meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berhutang dengannya kemudian dia membayar dan melebihkan pembayaran.
Maka dalam kehidupaan rumahtangga adalah utama ke atas suami dan isteri untuk sanggup memberi lebih dari apa yang sepatutnya kepada setiap pihak. Jika ini dihayati oleh kedua belah pihak, maka akan menjadi indahlah kehidupan rumahtanggaa kerana kita lebih mementingkan untuk menunaikan hak orang lain dari menuntut hak kita.