contengan jalanan
sebuah lakaran kehidupan
seorang hamba Allah yang bergelar insan.
latar belakang itu telah Dia cipta
luasnya seindah pandangan saujana
harus difahami tidak semua makhlukNya serupa
baik dalam memandang atau merasa
kerana itu jua
muncul dimensi pandangan berbeza
terbit perspektif yang berbeda
wujud pendapat dari sudut yang lain pula.
sedang kita berjalan atas tanahNya
sedang kita melihat alamNya
sedang kita merasa nikmatNya
pasti ada pengertian dari akal yang Dia cipta
sejauh mana perbezaan kita
seluas mana perspektif kita
asalnya tetap pada satu akar yang sama
bertunjangkan akar yang subur dariNya.
banyak pengajaran dapat diterima
banyak ibrah dapat dicerna
terpulang sejauh mana kita merealisasikan ayat “Iqra”
turunan Allah buat Rasul kita
dari contengan itulah
terbit lakaran lakaran
yang pada akhirnya
mendekatkan lagi padaNya.
contengan jalanan
sebuah lakaran kehidupan
seorang hamba Allah yang bergelar insan.