Imam Ad-Dainuri berkata, barangsiapa membaca
selawat nariyah atau kamilah setiap selesai dari solat 5 waktu sebanyak 11 kali
sebagai wirid rutin, maka rezekinya tidak akan terputus dan mengalir terus,
serta memperolehi kedudukan yang tinggi.
Terjemahan : "Ya Allah, semoga Engkau
mencurahkan rahmat yang sempurna dan keselamatan yang sempurna atas Nabi
Muhammad s.a.w, yang menjadi sebab terlepasnya kerumitan dan hilangnya
kesusahan, terpenuhinya segala hajat, dan tercapai segala yang disukai serta
husnul-khatimah, dan turunnya hujan dari awan, berkat keagungan dan kemuliaan
Nabi Muhammad s.a.w, dan kepada para keluarga dan para sahabatnya pada setiap
mata melirik dan jiwa bernafas sejumlah setiap yang Engkau ketahui."
Fadhilat BURDAH
(Petikan
ceramah Maulid oleh Habib Salim asy-Syathiri, Pengetua Institut Pengajian Islam
Ribath di Tarim, Hadramaut, Yaman)
Burdah ertinya
“selendang” dan juga dikenal sebagai Bur'ah[1] yang bererti shifa’
(kesembuhan). Ia merupakan syair yang memuji Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi
wassalam dan luahan kecintaan yang mendalam terhadap Baginda yang dikarang
oleh Imam al-Busyiri[2] rahimahullah.
Imam Al-Busyiri
adalah seorang penyair yang suka memuji raja-raja untuk mendapatkan wang.
Kemudian beliau terkena sakit faalij (setengah lumpuh) yang tak kunjung
sembuh setelah berubat dengan pelbagai cara. Tak lama kemudian beliau mimpi
bertemu Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang memerintahkannya
untuk menyusun syair yang memuji Baginda. Maka beliau mengarang Burdah dalam 10
pasal pada tahun 6-7 H. Seusai menyusun Burdah, beliau kembali mimpi bertemu
Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang menyelimutinya dengan Burdah
(kain selendang). Ketika bangun, sembuhlah beliau dari sakit lumpuh yang
dideritanya.
Qasidah Burdah ini
tersebar ke seluruh penjuru bumi dari timur ke barat. Bahkan disyarahkan oleh
sekitar 20 ulama, diantaranya yang terkenal adalah Imam Syaburkhiti dan Imam
Baijuri.
Habib Husein bin Mohammad Al-Habsyi (saudara Habib Ali Al-Habsyi Sohibul Maulid Simtud Duror) biasa memimpin Dalail Khairat di Mekah. Kemudian beliau mimpi bertemu Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang memerintahkannya untuk membaca Burdah di majlis tersebut. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata bahawa membaca Burdah sekali lebih afdhal daripada membaca Dalail Khairat 70 kali.
Habib Husein bin Mohammad Al-Habsyi (saudara Habib Ali Al-Habsyi Sohibul Maulid Simtud Duror) biasa memimpin Dalail Khairat di Mekah. Kemudian beliau mimpi bertemu Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang memerintahkannya untuk membaca Burdah di majlis tersebut. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam berkata bahawa membaca Burdah sekali lebih afdhal daripada membaca Dalail Khairat 70 kali.
Ketika Hadramaut
(di Yaman) tertimpa malapetaka hingga banyak binatang buas berkeliaran di
jalan, Habib Abdulrahman Al-Masyhur memerintahkan setiap rumah untuk membaca
Burdah. Alhamdulillah, rumah-rumah mereka aman dari gangguan binatang buas.
Beberapa Syu’araa
(penyair) di zaman itu sempat mengkritik bahawa tidaklah patut pujian kepada
Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam dalam bait-bait Burdah tersebut
diakhiri dengan kasroh/khofadz (baris di bawah). Memadailah Rasulullah sallaLlahu
‘alaihi wassalam agung dan tinggi (rofa’). Kemudian Imam Busyiri
menyusun qasidah yang bernama Humaziyyah yang bait-baitnya berakhir dengan dhommah
(marfu’ - baris di depan)[3].
Imam Busyiri juga
menyusun Qasidah Mudhooriyah. Pada qasidah tersebut terdapat bait yang ertinya,
“Aku berselawat kepada Rasulullah sebanyak jumlah haiwan dan tumbuhan yang
diciptakan Allah.” Kemudian dalam mimpinya, beliau melihat Rasulullah sallaLlahu
‘alaihi wassalam berkata bahawa sesungguhnya malaikat tak mampu menulis
pahala selawat yang dibaca tersebut.
Habib Salim juga
bercerita tentang seseorang yang telah berjanji kepada dirinya untuk menyusun
syair hanya untuk memuji Allah dan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam.
Suatu ketika ia tidak mempunyai wang dan terpaksa menyusun syair untuk memuji
raja-raja agar mendapat wang. Ia pun mimpi Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi
wassalam bersabda, “Bukankah engkau telah berjanji hanya memuji Allah dan
Rasul-Nya?! Aku akan memotong tanganmu.”
Kemudian datanglah
Sayidina Abubakar r.a. meminta syafaat untuknya dan dikabulkan oleh Rasulullah sallaLlahu
‘alaihi wassalam. Ketika ia terbangun dari tidurnya, ia pun langsung
bertaubat. Kemudian ia melihat di tangannya terdapat tanda bekas potongan dan
keluar cahaya dari situ.
Habib Salim
mengatakan bahawa Burdah ini sangat mujarab untuk mengabulkan hajat-hajat kita
dengan izin Allah. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi. Yaitu
mempunyai sanad sampai kepada Imam Busyiri, mengulangi bait “maula ya solli
wa sallim”, berwudhu’, menghadap kiblat, memahami makna bait-bait, dibaca
dengan himmah (penghayatan) yang mendalam, beradab dan memakai wangian.
Khusus tentang memakai wangian ini, Habib Salim mengatakan, “Tidak seperti orang sekarang, membaca Burdah namun badannya bau rokok. Padahal salaf telah sepakat untuk mengharamkan rokok.”
Di akhir ceramah beliau, Habib Salim menyampaikan
bahawa jika seseorang tidak berjalan di thariqah salaf maka dikhawatirkan tiga
hal. Pertama, umurnya pendek. Kedua, hidup dalam keadaan bingung/akalnya gila.
Ketiga, tak akan dihargai masyarakat.